Panduan Pemasangan dan Konfigurasi Joomla! 1.7 ini dibawakan khas oleh blog.kerul.net .
Dalam panduan ini, kami akan menerangkan dalam bentuk visual bagaimana hendak memasang Joomla! 1.7 dan kaedah-kaedah asas dalam penyelenggaraan laman web anda. Berikut merupakan tajuk-tajuk yang akan dibincangkan;
Tutorial 01: Keperluan untuk Pemasangan Joomla! 1.7 pada Komputer anda (siap, sila komen).
Tutorial 02: Pemasangan Joomla!1.7 pada Komputer anda (siap, sila komen).
Tutorial 03: Penulisan Artikel Baru (siap, sila komen).
Tutorial 04: Kemaskini artikel untuk Memasukkan Gambar (siap, sila komen).
Tutorial 05: Menu untuk Menghubungkan Artikel (siap, sila komen).
Tutorial 06: Penukaran Templet (siap, sila komen).
Tutorial 07: Penambahan Modul.
Tutorial 08: Pengurusan Media.
Tutorial 09: Pertimbangan SEO dalam Laman Web Joomla!
Tutorial 10: Pemasangan Joomla! di Pelayan Web (web hosting) menggunakan Soptaculous.
Tutorial 12: Pemasangan Blog.
Tutorial 13: Templet Mobile.
Tutorial 14: Pemasangan Galeri Gambar.
Tutorial 15: Pemasangan Portal E-Bisnes (Virtue-Mart)
Perhatian: Untuk pengalaman yang terbaik, sila gunakan pelayar web Mozilla Firefox (klik di sini untuk muat turun -http://www.mozilla.com/firefox/). Jika anda menggunakan panel kawalan Joomla! dengan menggunakan pelayar lain (Chrome, Safari atau Internet Explorer), terdapat beberapa fungsi yang tidak dapat digunakan sebaiknya.
APA ITU JOOMLA!
Joomla! adalah salah satu sistem pengurusan isi-kandungan berasaskan web yang popular. Dengan menggunakan Joomla! penyelenggara laman web dapat dibangunkan dan diselenggara dengan cepat dan lebih mudah. Sistem ini dapat mengelakkan pemilik atau penyelenggara laman web daripada membangunkan laman web secara pengkodan HTML yang agak teknikal dan susah dipelajari. Kini semua orang (hampir semua orang) boleh membangun dan menyelenggara laman web sendiri.
Sistem pengurusan isi-kandungan (CMS - content management system) laman web pula adalah sistem yang boleh membina dan mengemaskini laman web dengan lebih mudah dan teratur. Memandangkan ianya adalah sistem berasaskan web, semestinya ia memerlukan pelayan web* sebagai tempat simpanan skrip** pelayan dan klien dan juga segala fail gamabr, bunyi dan video laman web terbabit. Sistem ini bergantung sepenuhnya kepada pangkalan data*** untuk menyimpan maklumat laman web.

*Pelayan web – merupakan aplikasi yang menguruskan capaian klien kepada laman web. Aplikasi ini akan menyimpan fail-fail yang terlibat seperti skrip, HTML, gambar, animasi, video, bunyi, dan sebagainya dalam komputer pelayan. Dalam kes ini pelayan web Apache yang dikeluarkan oleh Apache Foundation digunakan. Boleh juga menggunakan Microsoft IIS sekiranya anda menggunakan persekitaran Microsoft Windows.
**Skrip pelayan – Skrip pelayan merupakan skrip yang bertanggunagjawab untuk membuat capaian ke pangkalan data, memproses skrin output dan juga melakukan operasi berdasarkan peraturan yang diletakkan oleh pembangunCMS. Joomla! dibangunkan menggunakan skrin pelayan PHP.
**Skrip klien – Skrip ini bertujuan untuk mendapatkan pengalaman laman web dinamik yang ramah pengguna kepada pengguna Joomla!, sama ada pengunjung atau penyelenggara. Ini dapat dipehatikan daripada skrin pengguna dan penyelenggara yang interaktif. Joomla! menggunakan JavaScript untuk skrip pada klien.
***Pangkalan data – MySQL digunakan sebagai pangkalan data yang digunakan untuk menyimpan semua maklumat laman web termasuk menu, isi kandungan dan perisian tambahan yang dipasang ke dalam Joomla!.
Apache, PHP dan MySQL dipilih oleh pembangun Joomla! kerana ia adalah perisian sumber terbuka. Joomla! juga dilesenkan sebagai sumber terbuka, jadi ia boleh diubahsuai tanpa persetujuan pembangun asal. Namun sebarang pengubah-suaian perlu disebarkan semula kepada pengguna lain.
