Pemasangan Web Server XAMPP

Joomla! 1.6 merupakan versi paling terkini bagi joomla. Ianya merupakan versi yang diadaptasikan dari joomla versi 1.5. Terdapat banyak ciri-ciri baru yang dibangunkan untuk joomla versi ini. Saya begitu teruja dengan joomla! versi ini yang mana boleh dikatakan ianya lebih lengkap berbanding dengan versi yang sebelumnya. Dalam bab ini, saya akan menyentuh cara pemasangan joomla versi ini.

Peralatan :

  1. Local Web Server - local web server bermaksud, web server akan dipasang pada komputer anda. Ianya adalah bercuma dan hanyalah dapat dicapai pada komputer anda sahaja. Perisian yang akan saya gunakan adalah XAMPP. Anda boleh muat turun secara percuma di http://www.apachefriends.org/en/xampp-windows.html. Pada ruangan Download, klik pada link XAMPP. Kemudian pilih EXE pada ruangan basic package.
  2. Browser - Saya mencadangkan anda menggunakan browser alternatif kepada internet explorer iaitu mozilla firefox. Ianya lebih ringan dan selamat berbanding dengan Internet Explorer. Anda boleh muat turun di http://www.mozilla.com/products/download.html?product=firefox-3.6.13&os=win&lang=en-US
  3. Joomla 1.6. Boleh muat turun di http://joomlacode.org/gf/project/joomla/frs/?action=FrsReleaseBrowse&frs_package_id=5696. Jika dilihat terdapat 3 fail yang dipaparkan. Anda boleh memilih salah satu dari fail tersebut. Selepas klik pada link tersebut, anda akan memuat turun fail joomla dalam format zip.
  4. Winrar - Perisian ini digunakan untuk extract source joomla yang anda muat turun pada langkah yang ke 3. Anda boleh muat turun di http://www.rarlab.com/download.htm dan klik pada WinRAR x86 (32 bit) 4.00 beta 5

Kita mulakan dengan langkah pertama iaitu pemasangan XAMPP. Selepas selesai proses muat turun XAMPP, sila double click pada fail installer tersebut. Jika anda kali pertama memasang perisian ini, sila ikuti langkah yang saya sediakan tanpa mengubah apa-apa. Satu paparan pemasangan akan keluar. Rujuk gambar 1

Gambar 1

  1. Tanpa mengubah apa-apa, Klik pada butang Install. Tunggu sehingga Installation Progress selesai.
  2. Terdapat popup pada command prompt.

    Adakah anda mahu menambah shorcut xampp pada start menu dan desktop? Masukkan Y kemudian tekan enter.


    Masukkan Y dan tekan enter.


    Masukkan N dan tekan enter.


    Tekan enter untuk continue.


    Tekan enter untuk continue


    Masukkan x untuk exit dan tekan enter. Sekarang XAMPP web server telah siap dipasang
  3. Sila run program XAMPP tersebut. Pada start menu, pilih All Program >> XAMPP for Window >> XAMPP Control Panel


  4. Satu pop up bagi control panel XAMPP akan dipaparkan. Sila klik start pada ruangan yang saya tandakan dengan bulatan iaitu pada ruangan apache dan mysql. Untuk makluman, anda dikehendaki Start apache dan mysql setiap kali anda ingin menggunakan local web server anda.


  5. Jika komputer anda mempunyai firewall, sila klik pada allow access bagi membenarkan XAMPP berfungsi.


  6. Lihat pada XAMPP control panel anda. Jika Apache dan MySQL running, ianya menandakan Local Web Server anda telahpun berfungsi.

Pemasangan Joomla.