
Joomla! Day Kuala Lumpur, Malaysia
25 Jun 2011Tower 2, Petronas Twin Towers,Kuala Lumpur City Center, Kuala Lumpur
Mengenai Joomla! Day
Joomla! Day adalah acara tahunan yang dianjurkan oleh komuniti Joomla. Tahun ini, Joomla! DayMalaysia dianjurkan oleh Slashes & Dots Sdn Bhd dan akan diadakan pada June di Kuala Lumpur CityCenter (KLCC), Kuala Lumpur.
Joomla! Day Kuala Lumpur adalah sebuah acara ‘non-profit’ dan mensasarkan kumpulan dan individupembangun web, syarikat dan komuniti Joomla untuk mengenali lebih dekat mengenai Joomla. Ianyajuga bertujuan untuk merangkaikan platform bagi komuniti Joomla! tempatan dengan pakar dariindustry Joomla!, khususnya ahli-ahli teras Joomla seperti pembangun dan pencipta.
Bila dan dimana
Masa : 25 Jun 2011 (Sabtu), 8:30am – 5:30pm
Tempat : Auditorium Microsoft, Level 29, Tower 2, Petronas Twin Towers, Kuala Lumpur CityCenter, 50088 Kuala Lumpur.
Tiket
Ianya adalah sebuah acara penuh untuk satu hari dan harga tiket adalah RM120. Jika anda mendaftarsebelum 30 Mei, harga tiket Cuma RM99. Tiket tidak dihadkan untuk pendaftar sahaja, bermaksud bolehdipindahmilik kepada penama lain.
Diskaun sebanyak 25% jika anda mendaftar secara berkumpulan; minimum seramai 5 orang.
Tempat adalah terhad. Maksimum slot tiket yang dijual adalah sebanyak 250 sahaja.
Harga tiket adalah termasuk;
Sarapan, Makan tengahari dan minum sepanjang program
Yuran masuk dan tempat adalah untuk kesemua sesi
Goodie bag dengan tshirt, Joomla! Day promo item
Tiket boleh didapati di :
http://www.joomla-day.org.my/2011/register.html
Kumpulan Sasaran
- Professional
- Web admin dan webmaster
- Pembangun dan perekabentuk web
- Pelajar
- Komuniti Joomla!
Untuk maklumat lanjut; lawati joomla-day.org.my
Nama dan Jenis Ancaman :
Kelemahan pada Joomla! CMS versi 1.6.3
Sistem Pengoperasian/Aplikasi Berisiko :
Joomla! CMS versi 1.6.3 (dan versi sebelumnya)
Kaedah Serangan :
• Penceroboh akan mengubah kandungan URL bagi mengeksploit kelemahan- kelemahan berikut:
- Cross Site Scripting (XSS)
- Unauthorized Access
- Information Disclosure
Cadangan Tindakan Pengukuhan :
Naiktaraf Joomla! CMS ke versi 1.6.4 (atau versi terkini)
Menjawab pada pertanyaan cadangan tindakan pengukuhan, penyelesaian yang terbaik adalah menaiktaraf versi Joomla! 1.6 ke versi 1.6.4. Untuk makluman, versi yang terlibat hanyalah untuk versi 1.6 sahaja dan tidak untuk versi 1.5.
Joomla! 1.5 tidak perlu dinaiktarafkan ke versi 1.6.4 kerana ianya adalah versi yang berbeza. Versi terkini untuk Joomla! 1.5 adalah 1.5.23 (untuk tarikh 10 Julai 2011)
Untuk pengguna Joomla! 1.6, pembangunan versi ini akan ditamatkan pada Ogos 2011 dan akan diganti dengan Joomla! versi 1.7 manakal untuk Joomla! versi 1.5 akan ditamatkan pembangunan pada April 2012.
Untuk pertanyaan dan perbincangan lanjut, boleh diajukan di :
http://forum.joomlamalaysia.org/index.php?topic=8797.0